Walaupun menerima keuntungan tetapi sebenarnya banyak cabaran yang dihadapi oleh host Airbnb dan kadangkala boleh menyebabkan kerugian juga apabila menerima tetamu yang tiada common senses.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Irwan Nurul telah berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan kediaman miliknya sebelum dan selepas disewa oleh seorang pelanggan selama 3 bulan melalui platform Airbnb.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, pelanggan tersebut menyewa selama 3 bulan dan setiap bulan Irwan Nurul selaku host Airbnb telah memberikan servis pembersihan setiap bulan untuk keselesaan penyewa serta mahu melihat keadaan rumah.

Pada servis pembersihan kali pertama, keadaan rumah boleh dikatakan dalam keadaan bersepah dan kotor. Penyewa itu telah diberikan teguran agar menjaga kebersihan tetapi keadaan rumah ketika penyewa terbabit checkout cukup mengecewakan.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat keadaan kediamannya ditinggalkan dengan sampah sarap di lantai, bekas makanan tidak dibasuh, sampah tidak dibuang dan banyak lagi.

Susulan itu, Irwan telah menghubungi pihak Airbnb untuk meminta claim disebabkan rumah ditinggalkan dalam keadaan kotor.

Sisa Makanan Ditinggal Dan Kotor, Pemilik Airbnb Sedih Lihat Keadaan Kediaman Selepas 3 Bulan Disewa
Penyewa menolak membuat pembayaran
Sisa Makanan Ditinggal Dan Kotor, Pemilik Airbnb Sedih Lihat Keadaan Kediaman Selepas 3 Bulan Disewa
Airbnb membuat pembayaran kepada host Airbnb

Oleh kerana penyewa menolak membuat pembayaran, maka pihak Airbnb membuat bayaran kepada pihaknya kerana mereka dilindungi insuran sebagai host Airbnb dengan syarat menyerahkan bukti.

Tambahnya, dia menerima bayaran untuk kos-kos pembersihan tidak sampai 4 jam membuat laporan. Malah, dia juga menasihati kepada pemilik bisnes penginapan di luar sana untuk mendaftar dengan Airbnb kerana akan dilindungi insuran.

Bercakap kepada The Vocket, inilah realiti pemilik homestay dan bukanlah semuanya indah. Irwan Nurul berharap perkongsiannya akan memberi kesedaran kepada semua orang terutama sekali pemilik homestay serta penyewa.