Sejak beberapa tahun lalu Malaysia giat mendapatkan solusi penggunaan tol tanpa palang bagi memudahkan pengguna lebuh raya di negara ini.

Terbaharu, Timbalan Menteri Kerja Raya (KKM), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata ujian penggunaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya di Malaysia akan dilakukan pada tahun hadapan.

Baca Juga:

Pihaknya telah membuat kajian penggunaan MLFF di banyak negara untuk melihat yang paling sesuai digunakan di Malaysia.

“Kita dah buat kajian di banyak negara dan kita hendak yang terbaik. Sekarang dalam proses kajian dan dalam masa yang sama kita akan cuba pada 2024.

“Banyak negara sudah menggunakan MLFF dan kegunaannya adalah sangat baik. Jadi Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya,” kata beliau semasa sidang Dewan Rakyat semalam.

Pelaksanaan sistem plaza tol tanpa palang tersebut bagi menambah baik mutu pengurusan lebuh raya, terutama kesesakan semasa pengguna membuat pembayaran.

MLFF dapat berfungsi dengan sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) dan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR).

Pada September 2021 lalu, Green Pack Bhd dilaporkan telah berkerjasama dengan FETC International Co. (FETCi) daripada Taiwan untuk menguji keberkesanan MLFF.

Ujian konsep tersebut bagi mengumpul data penggunaan MLFF ini di Lebuh Raya Besraya KM5.5 menghala ke arah utara. Data yang dikumpul akan dikongsikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk membuktikan keberkesanan sistem tol MLFF ini.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.