Ini berita baik buat anda peminat anime One Piece diluar sana, SKECHERS tampil dengan kasut edisi khas One Piece. Jika sebelum ini, SKECHERS hanya tampil dengan 2 karakter iaitu Luffy and Trafalgar Law, kini 5 karakter diperkenalkan iaitu Jimbe, Whitebeard, Marco, Boa Hancock, and Blackbeard.
Bagi koleksi Skechers X One Piece ini, ia tampil dengan 5 warna berbeza yang menonjolkan karakter hero yang dipilih. Variasi warna bagi koleksi tersebut adalah biru, merah, oren, kuning dan hitam.
Harga bagi koleksi ini adalah $90 (~RM367). Buat anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, ianya akan tersedia di acara pelancarannya pada 28 Mac 2019 iaitu hari esok hingga 31 Mac 2019 di Pavilion Kuala Lumpur.