Semakin ramai rakyat Malaysia mencari tenang yang jauh daripada kesibukan kehidupan bandar melalui aktiviti-aktiviti lasak dan Skechers, jenama terkenal di peringkat global, dengan bangga memperkenalkan Koleksi Skechers Sport Adventure terbaru.

Dijual pada harga RM459 sepasang, koleksi ini direka khas untuk mereka yang inginkan kasut yang menggabungkan prestasi tinggi, keselesaan, dan reka bentuk yang bergaya.

Koleksi terbaharu ini, yang tersedia untuk lelaki dan wanita, menampilkan dua siri utama – Skechers D’Lites®️ Hiker yang dilancarkan pada 10 Februari 2025, dan Skechers Relaxed Fit®️ D’Lux Journey yang akan menyusul pada Mac.

Kedua-dua siri ini menawarkan dua pilihan warna yang menarik.

Dicipta dengan teknologi canggih, koleksi ini menawarkan cengkaman yang kukuh, kusyen yang lembut, dan kebolehan bernafas yang tinggi, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis permukaan – sama ada di laluan bandar atau di tengah-tengah alam semula jadi.

Skechers

Skechers D’Lites® Hiker memadankan gaya klasik dengan bahagian atas berjaring, lapisan kulit yang tahan lasak, dan aksen sintetik.

Dilengkapi dengan insole Air-Cooled Memory Foam® untuk keselesaan maksimum dan tapak luar Goodyear® Rubber yang memberikan cengkaman dan kestabilan yang luar biasa.

Dengan reka bentuk yang ringan dan tumit yang sedikit tinggi, kasut ini sesuai untuk aktiviti mendaki santai.

Skechers
D’Lux Journey Black

Skechers Relaxed Fit® D’Lux Journey pula direka untuk mereka yang lebih gemar gaya kontemporari, siri ini menawarkan reka bentuk yang sporty dan moden dengan bahagian atas berasaskan kain dan sintetik.

Kasut ini dilengkapi dengan midsole berplatform berkusyen dan insole Air-Cooled Memory Foam® yang memberikan sokongan dan keselesaan walaupun dipakai untuk tempoh yang lama.

Tapak luar yang fleksibel memberikan keyakinan ketika menghadapi permukaan yang tidak rata, menjadikannya pilihan terbaik untuk pengembaraan di bandar atau di laluan semula jadi.

Skechers
D’Lites Hiker Natural

Koleksi ini boleh didapati di cawangan terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX, dan 1 Utama Shopping Centre.

Ia juga boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee, Lazada, dan laman web rasmi di skechers.com.my.

Kenapa Koleksi Terbaru Skechers Ini Sesuai Untuk Anda?

Dengan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap aktiviti luar seperti mendaki di Taman Tugu atau bersiar-siar di Taman Titiwangsa, koleksi ini bukan sahaja menawarkan prestasi yang hebat tetapi juga gaya yang sesuai untuk pelbagai situasi.

Sama ada anda seorang pengembara tegar atau sekadar mencari kasut yang selesa untuk aktiviti harian, Skechers Sport Adventure Collection pasti memenuhi keperluan anda.