Sekiranya anda menantikan teknologi skrin terbaru daripada pengeluar smartphone, Samsung antara jenama yang anda boleh harapkan.

Mula mengumumkan projek skrin lengkung secara prototaip seawal 2013, nampaknya usaha Samsung diteruskan dengan pengumuman smartphone keluaran terawal mereka iaitu Samsung Galaxy Round seterusnya Samsung Galaxy S6 Edge.

skrin prototaip samsung yang diumumkan pada 2013

Nampaknya usaha Samsung tidak berakhir dengan Samsung Galaxy S8 yang hadir dengan skrin lengkung serta penggunaan bezel yang minimum.

Minggu lepas, Los Angelas menjadi saksi dimana Samsung memperlihatkan skrin prototaip terbaru yang dibangunkan mereka. Dikhabarkan, skrin terbaru mereka dilengkapi dengan teknologi dimana pixel yang tersedia pada paparan tidak lagi statik membolehkan skrin ini dibentuk, lipat dan gulung. Futuristik bukan?

Skrin OLED terbaru yang diumumkan Samsung

Melihat kepada perkembangan terbaru skrin daripada Samsung, mungkin jenama ini bakal mengubah cara pengguna menonton TV dan skrin smartphone selepas ini.

Sumber