Slogan pelancongan negara, ‘Malaysia, Truly Asia’, terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila terpilih sebagai salah satu daripada tiga slogan pelancongan kegemaran platform media pelancongan popular, Asia Guide.

Menerusi senarai ’30 Powerful Tourism Slogans From Around The World’ yang diterbitkan oleh platform berkenaan, slogan Malaysia berada di kedudukan pertama dalam senarai khas tersebut, bersaing dengan pelbagai slogan berpengaruh lain dari seluruh pelosok dunia.

Pihak Asia Guide mendedahkan bahawa daripada 30 slogan rasmi dan tidak rasmi yang disenaraikan, tiga slogan yang paling mencuri perhatian dan menjadi kegemaran utama mereka adalah:

1. Malaysia – “Malaysia, Truly Asia”

2. New Zealand – “100% Pure New Zealand”

3. Norway – “Powered by Nature”

Selain Malaysia, beberapa negara jiran di rantau Asia Tenggara turut tersenarai, antaranya Amazing Thailand (Thailand), Wonderful Indonesia (Indonesia), Love the Philippines (Filipina), serta Passion Made Possible (Singapura).