Bagi yang terlepas untuk hadir ke SneakerLAH tahun lalu, jangan bersedih kerana SneakerLAH kembali dengan lebih besar dan hebat tahun ini!

Kalau anda pertama kali mendengar berkenaan SneakerLAH ini, SneakerLAH adalah sneakers convention untuk peminat-peminat fesyen streetwear dan shoes collector. Bagi siapa yang minat sneakers, ini umpama syurga dunia untuk anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: ‘SneakerLAH’ Konvensyen Untuk Peminat Kasut Edisi Khas

SneakerLAH 2017 akan diadakan di KL Convention Centre (Hall 6) pada 7 & 8 October ini dalam ruang sebesar 28,000 kaki persegi, semuanya untuk menempatkan lebih banyak booth untuk collectors serta jenama tempatan dan luar negara untuk ambil bahagian dalam acara tahunan ini.

Jadi apa yang ada di sneakerLAH nanti? Macam-macam aktiviti yang menyeronokkan akan dibuat sepanjang dua hari konvensyen ini antaranya acara ikat tali kasut paling laju, trading pit (jika anda ada kasut untuk dijual boleh bawa), serta persembahan artis tempatan seperti Airliftz, Zamaera, DJs Arabyrd, JHin dan ramai lagi. Jadi memang fun-lah SneakerLAH ini senang cerita. Dengar cerita lucky draw tahun ini ada booth yang nak beri Adidas Yeezy Bred. Punya power lucky draw mereka!

Lebih 50 vendor kasut yang menjual kasut edisi khas akan berada di SneakerLAH termasuk jenama dalam dan luar negara seperti Vans, Reebok, Rastaclat, Pestle Mortar, Major Drop dan banyak lagi. Owh, jangan terlepas untuk membeli Rastaclat edisi khas sneakerLAH. Tahun lepas sold out Rastaclat edisi SneakerLAH ini. Memang antara item paling cepat habis terjual tahun lalu.

Kalau anda tidak ada rancangan apa-apa minggu ini, bolehlah ajak rakan untuk datang ke sini. Kami yakin anda akan rambang mata dengan segala barangan yang dijual dan dipamerkan di SneakerLAH nanti. Tiket masih boleh dibeli dengan harga pre-sale RM10 di sini. Kalau anda beli secara walk-in perlu bayar RM15. Jadi nak mudah beli siap-siap secara atas talian. Pintu akan mula dibuka pada jam 11 pagi. Jangan lupa untuk pakai kasut paling rare yang ada dalam simpanan anda. See you guys tomorrow!

sneakerlah2