Rancangan ‘Who Wants to Be a Millionaire’ merupakan satu ‘game show’ yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Malaysia dan sebenarnya rancangan tersebut mula diperkenalkan di Amerika Syarikat.
Bukan sahaja Malaysia tetapi terdapat negara lain yang turut perkenalkan ‘game show’ ini. Bagi anda yang tidak tahu, rancangan ‘Who Wants to Be a Millionaire’ ini membolehkan peserta mendapat wang tunai dengan menjawab soalan.
Baca Juga:
- Kenali Charles Ingram, Lelaki Yang Menipu Untuk Menang ‘Who Wants To Be A Millionaire’
- Kenali John Carpenter, Seorang Ejen Dan Pemenang Pertama ‘Who Wants to Be a Millionaire’
- Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel
Terbaharu, dalam rancangan ‘Who Wants to Be a Millionaire’ di India, soalan yang diajukan kepada peserta adalah berkaitan perdana menteri kita, Anwar Ibrahim.
PMX jadi soalan rancangan kuiz di India. Hehe
Hadi and Atok Saka tgk ni, lagi sakit hati😂😂 pic.twitter.com/9ej2O0xxTp
— La Palestina 🇵🇸 (@La_FarEast) December 26, 2022
Menerusi sedutan video rancangan tersebut, dapat dilihat peserta ditanya negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022 dan peserta berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan jika soalan berkaitan tentang politik Malaysia dimasukkan, pasti peserta itu sukar mahu menjawabnya kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa beberapa tahun ini.
Hebat DSAI. Bukan setakat pemimpin dan ulama’ dunia, marhaen biasa luar negara pun kenal dia.#PMbest https://t.co/mjpSml5EJu
— Muadzam Shah (@MuadzamShah10) December 26, 2022
Kenapa rancangan ni dah takde kat Malaysia eh? 🤔 https://t.co/Etmdulv074
— Naim Zaini (@naimbinzaini) December 26, 2022
Soalan tanya siapa Perdana Menteri Malaysia je pon 😂 normal la pengetahuan umum orang tanya siapa perdana menteri sesebuah negara tu. https://t.co/ySBXA83MlT
— Amru 🇲🇾 (@amrufateh) December 26, 2022
But to be fair lah this is not an achievement but of course this is a sign that people all over the world do pay attention to good things that happen to Malaysia and all thanks to DSAI.
Dia tak de tanya negara mana ada PM cirit atau lebai pro-taliban “lebih daripada cukup”. 🤣🤣 https://t.co/509LCHERQV
— sy🔺fiq (@Syfq_H) December 26, 2022
Susulan itu, ada juga yang berasa kagum dan segelintir netizen turut mengatakan ia perkara biasa untuk ditanya kerana berkaitan pengetahuan AM. Ada juga netizen tertanya-tanya kenapa sudah tiada rancangan ini di Malaysia.