Sofyank ada membuat ciapan berkenaan kehilangan beg laptop sewaktu berangkat dari Malaysia ke Singapura menerusi penerbangan FlyScoot pada hari ini.
Difahamkan beg tersebut berisi barangan berharga seperti dompet, laptop dan hard disk yang mana mengandungi fail projek dan video terbaharu yang sedang dikerjakan.
Baca Juga:
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Beliau mengesahkan sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa di Singapura dan mendapati sebuah beg milik penumpang pesawat yang sama masih ada di kaunter. Jadi, beliau berpendapat bahawa individu tersebut barangkali tersilap mengambil beg sewaktu mahu bertolak.
Setakat ini, beliau berjaya mengesan kerana ada AirTag yang dipasang pada dompetnya. Kemas kini terbaharu menunjukkan beg tersebut sudah pun berada di Lapangan Antarabangsa Clark di Filipina.
Ciapan ini sudah menjadi bualan ramai dan ada sebahagian pengguna Twitter daripada Filipina meminta tolong rakan terdekat untuk menjejaki individu yang terambil beg tersebut.
Baru sebentar tadi, beliau memaklumkan begnya telah ditemui oleh pekerja Lapangan Antarabangsa Clark. Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang membantu dalam misi mendapatkan semula beg tersebut.