Kecoh di media sosial dengan kedatangan sebuah agama yang didakwa baharu iaitu Agama Ahmadi telah menggemparkan netizen.

Tumbuh menerusi laman media sosial TikTok dengan nama @agama_ahmadi, akaun tersebut kini sudah pun diikuti hampir 30,000 pengikut dengan kebanyakan kandungan berkisarkan podcast yang membincangkan kepercayaan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian beberapa netizen, difahamkan bahawa agama ini mengikut Imam Mahdi dan pengikut agama ini juga mendakwa bahawa Nabi Isa sudah pun turun.

Selain itu, difahamkan bahawa logo yang mereka gunakan adalah daripada Star Of David atau kita kenali sebagai Bintang Yahudi dekat bendera Israel.

Dalam satu video siaran langsung di akaun TikTok, pengikut mereka mendakwa bahawa Agama Ahmadi kini sudah berkembang bukan sahaja di Tanah Melayu, tetapi juga di sekitar Timur Tengah dan Eropah.

Di dalam video tersebut juga, pengikut agama ini juga turut mendakwa bahawa mereka telah menang dalam sesi berhujah dengan ulama Al-Azhar dan Mesir,

Bagaimanapun, video pendek itu tidak memperincikan apakah yang didebatkan oleh pengikut agama ini.

Di akhir video tersebut, dua pengikut tersebut dengan jelas menuduh JAKIM menolak Imam Mahdi dan mereka adalah Dajal.

Melalui bahagian komen pula, apabila disoal oleh beberapa netizen bagaimana cara agama ini sembahyang.

Pemilik akaun tersebut menjawab bahawa solat mereka berbeza sedikit dengan solat-solat yang telah diajarkan di sekolah, difahamkan bahawa solat mereka hanya perlu taat kepada Imam Mahdi dan para imam.

“Tiada solat ritual. Jika Al-Mahdi suruh buat sesuatu, kami buat,” kata pemilik akaun tersebut.

Setakat laporan ini ditulis, pihak berwajib masih belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan.