Ali Puteh merupakan salah seorang anggota Kumpulan Puteh yang pernah menjadi pemenang untuk beberapa siri program realiti lawak Malaysia.

Baru-baru ini akaun TikTok @pojie.pidon memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan Ali Puteh menjual beberapa trofi kemenangan ketika menyertai program-program tersebut.

Baca Juga:

Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insha Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri,” petik hantaran TikTok @pojie.pidon.

Selain trofi Maharaja Lawak Mega, di dalam gambar itu kelihatan juga plak Muzikal Lawak Superstar, trofi Projek Komedi Warna dan satu lagi program lawak.

Menerusi komen-komen yang dikongsi netizen (ruangan komen telah pun ditutup), ramai mendoakan Ali Puteh dipermudahkan urusan beliau.

Sumber Gambar: TikTok @pojie.pidon
Sumber Gambar: TikTok @pojie.pidon
Sumber Gambar: TikTok @pojie.pidon

Netizen juga memuji individu-individu yang memberikan sokongan kepada Ali Puteh dengan membeli kesemua trofi tersebut.

Terdahulu, Kumpulan Puteh pernah menjadi juara program Maharaja Lawak Mega pada 2019 dan naib juara pada 2021. Kumpulan itu juga pernah mendapat tempat ke-dua untuk Projek Komedi Warna.