Selepas Nintendo, sebuah lagi syarikat legend akan memasuki industri permainan video di smartphone. Sony kini turut mahu memeriahkan lagi industri permainan video di smartphone ini. Yeah!

ForwardWorks adalah division yang akan bertanggungjawab untuk membangunkan permainan video di smartphone ini. Segala permainan video untuk smartphone akan dijaga oleh ForwardWorks.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dijangkakan permainan pertama dibawah division ForwardWorks ini ditujukan untuk pemain di Tokyo, Japan. Jika respon untuk permainan ini baik, mereka akan mengembangkan permainan ini ke seluruh dunia.

ForwardWorks akan diketuai Atsushi Morita, Presiden Sony Corporation Japan dan Asia. Kalau boss besar sendiri terlibat dalam bidang ini, mesti sesuatu yang hebat dan besar sedang dirancang. Harap-harap mereka mula dengan Digimon. YES PLEASE.

ps2

Sumber