Dalam usaha untuk menjadi pencabar kepada GoPro dalam industri kamera aksi kompak, Sony pernah memperkenalkan Sony RX0 sekitar dua tahun lalu. Pada tahun ini, Sony kembali lagi dengan model terbaru iaitu Sony RX0 II dengan rekaan yang lebih moden serta fungsi rakaman yang lebih baik.

Model pada kali ini tampil dengan rekaan kotak namun masih lagi mementingkan soal efisien buat pengguna dengan penyertaan skrin yang boleh dibuka untuk memudahkan pengguna mengambil swafoto mahupun vlog. Penawaran rakaman video dengan definisi 4K 30FPS antara sesuatu yang baru berbanding model sebelum ini. Fungsi lain seperti kalis air, tahan lasak dan tekanan berat antara yang dipertingkatkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi spesifikasi, Sony RX0 II hadir dengan sensor kamera 15.3-megapixel CMOS. Penggunaan processor BIONZ X bakal memberikan pengguna kualiti rakaman yang stabil dalam definisi 4K. Model ini juga turut dikhususkan buat mereka yang kerap melakukan vlog. Sony RX0 II bakal mula dijual dengan harga sekitar $700 (RM2,854.25) bermula April ini.

Alpha-Universe-09-RX0II_selfie-selfie_hand_image_02