Sony kini telah berkongsi satu penulisan menerusi PlayStation blog mengatakan bahawa pemain yang menantikan konsol idaman tersebut bakal lebih mudah didapati di pengedar-pengedar rasmi mereka di global.
Sejak dilancarkan sehingga ke hari ini, PlayStation 5 masih dijual menerusi cabutan loteti atau pun kedai menjualnya di dalam satu pakej yang lebih mahal dan juga mempunyai senarai nama menunggu tersendiri. Hal ini menyukarkan pemain mendapatkan pada harga jualan rasmi yang sepatutnya.
Baca Juga:
- Lebih Canggih Dan Berkuasa, PlayStation 5 Pro Dijangka Akan Dilancarkan Pada April 2023
- Demi Dapatkan PS5, Lelaki Ini Sanggup Turunkan Berat Badan Sehingga 10 Kilogram

Usaha menambah penawaran PS5 di kedai rasmi ini sekaligus dapat membendung kegiatan scalpers yang berleluasa hari ini. Malah, sebelum ini sudah dikesan ada scalper cuba membuat refund beberapa konsol PS5 yang dimiliki kerana tidak terjual.
Dengan janji terbaru daripada syarikat Sony, diharapkan para peminat tegar konsol ini boleh mendapatkan PS5 yang diinginkan pada tahun ini. Malah, Sony mengatakan lebih banyak permainan dan aksesori baharu pada tahun ini.