Sophia Albarakbah akui dia tidak selesa apabila ditanya tentang kontroversi yang membabitkan Aliff Aziz.

Aliff Aziz dilanda kontroversi sekali lagi apabila dia ditangkap khalwat dengan Ruhainies beberapa bulan lalu dan menjadi punca kepada keretakan rumah tangganya.

Sophia masih lagi dihantui oleh kontroversi dengan pelakon asal Singapura itu.

Sudah tentunya akan ada wartawan yang bertanya kepada Sophia Albarakbah tentang kontroversinya dengan Aliff Aziz satu ketika dahulu.

Ternyata pelakon jelita itu tidak berminat untuk mengulasnya. Dia malah akui tidak selesa ketika ditanya perkara seperti itu.

Sophia Albarakbah tidak mahu memberikan perhatian kepada gosip seperti itu. Dan dia sudah memberitahu wartawan bahawa, jika ada soalan tentang Aliff Aziz dia tidak akan menjawab tentangnya.

Sebaliknya ketika ini dia sibuk fokus kepada kerja dan tidak ada masa untuk memberikan komen tentang perkara lain terutama sekali perkara yang melibatkan kontroversi.

Sophia lega kerana ketika ini kontroversi dengan Aliff Aziz tidak lagi mengganggu dia dan kerjayanya berjalan lancar seperti biasa.

Dipetik daripada laman Xtra, Sophia berkata: “Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran.

“Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas.”

Sophia Albarakbah tidak begitu suka meluangkan masa untuk membuka media sosial. Kerana menurutnya, banyak benda tak berfaedah di media sosial.

Sophia seorang yang tidak suka dengan gosip dan perkara yang tidak penting.

Sophia membintangi filem Saka Perawan yang akan ditayangkan bermula 27 Jun di seluruh pawagam.

Sophia sedang sibuk dalam mempromosikan filem tersebut.