Immigration & Checkpoint Authority (ICA) Singapura mematahkan cubaan seludup rokok dari Malaysia yang mahu memasuki negara itu.

Dalam video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi badan itu, menunjukkan bahawa rokok yang mahu diseludup disorok dalam bahagian dalam sebuah motosikal kapcai.

Baca Juga:

ICA Mudah Patahkan Cubaan Seludup Rokok Dari Malaysia

“Pada 16 Mei 2025, pegawai ICA di Woodlands Checkpoint menggagalkan percubaan untuk menyeludup rokok tanpa cukai ke Singapura melalui motosikal yang didaftarkan di Malaysia.

ICA
Rokok Seludup

“Pegawai Carian & Peperiksaan mengarahkan motosikal itu untuk pemeriksaan yang dipertingkatkan.

“Lebih 480 paket rokok tidak dibayar cukai ditemui di pelbagai bahagian motosikal itu. Kes itu dirujuk kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.

ICA
Rokok Seludup

“Sebagai Penjaga Sempadan, kitavkomited untuk memudahkan perdagangan & perjalanan sambil memastikan sempadan Singapura selamat & terjamin.”

Selain itu, Pengawal Pantai Polis (PCG) dengan kerjasama ICA menahan empat lelaki rakyat Indonesia memasuki Singapura secara tidak sah melalui sebuah kapal kecil dan mereka mendarat di luar garis pagar Pulau Tekong.