Setiap perjalanan individu sememangnya tidak sama. Terdapat individu yang mempunyai jalan hidup yang mudah dalam membangunkan bisnes atau kerjaya dan terdapat juga individu yang terpaksa melalui kisah sebaliknya.
Dalam pada itu, usaha dan ikhtiar berterusan sememangnya tidak pernah mengkhianati hasil sekiranya kena dengan caranya. Itulah yang terjadi kepada seorang individu bernama Zed Rodzuan yang tampil berkongsi di X perjalanan jatuh bangun beliau dalam dunia perniagaan.
Baca Juga:
- ‘Sudahlah Susah, Ditipu Pula’ – Ariff Peter Kecewa Dijadikan Konten Individu Tidak Bertanggungjawab
- Penangan Kieda Crepe, Pelanggan Di Ipoh Sanggup Beratur Lebih 3 Jam Demi Mendapatkannya
Menurut Zed, beliau pernah ditendang daripada bisnes sendiri serta terbeban dengan hutang sebanyak RM180,000 sewaktu mahu membuka bisnes. Bukan itu sahaja, beliau juga turut diuji dengan kereta ditarik berikutan masalah kewangan.
Tahun 2015, kena tendang dari bisnes sendiri, kereta kena tarik, income 0 saving 0 loan sangkut 180k demi buka bisnes, balik kampung sehelai sepinggang dan sebab takde duit nak makan terpaksa harap belas kasihan family utk sehidang makanan dirumah at age of 28. 3 bulan lepas tu.. https://t.co/URGIXGS10i
— Zed Rodzuan (@ZedRodzuan7) October 6, 2023
Menerima dugaan yang berat pada usia 28 tahun, individu ini memaklumkan memilih pulang ke kampung serta sekadar mengharapkan belas ihsan keluarga untuk makan dan meneruskan kehidupan.
Tekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur
Dalam pada itu, beliau tidak memilih untuk terus menyalahkan takdir sebaliknya kembali bangkit semula dan bertekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur meskipun tanpa hala tuju.
Zed kemudiannya memilih untuk menjadi ejen hartanah. Walau bagaimanapun, beliau sekali lagi diuji dalam tempoh sehingga 6 bulan apabila gagal untuk mendapatkan jualan sekaligus tidak meraih keuntungan.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau memilih untuk menetap di kediaman yang dikatakan seakan rumah setinggan di Sentul dan sekadar menjamah roti untuk meneruskan kehidupan.
Beliau juga terpaksa meminjam duit daripada adik beradik sekiranya mahu menjamah sebuah hidangan penuh.
Segalanya berubah pada bulan keenam apabila beliau direzekikan penjualan dua buah rumah secara serentak di Ayers Tower Ampang yang sekaligus membolehkan beliau bertahan diri untuk beberapa bulan. Rentak beliau diteruskan lagi dengan menjual beberapa buah rumah kemudiannya.
..bulan ke 6 alhamdulillah berjaya jual rumah pertama di ayers tower ampang, 2 biji serentak dapat jual. Dapat modal survive utk beberapa bulan dan continuously dapat jual lg beberapa rumah..
— Zed Rodzuan (@ZedRodzuan7) October 6, 2023
Mula menjalankan bisnes kecil-kecilan
Di sebalik terbeban dengan hutang serta pernah ditendang daripada bisnes sendiri, semangat keusahawan Zed masih menebal apabila beliau memilih untuk menggunakan duit simpanan beliau ditambah dengan duit pinjaman daripada ayahnya sebanyak RM10,000 untuk membangunkan bisnes terbarunya.
Dinamakan sebagi Soru Station, beliau memulakannya dengan mencari lori buruk dan mengubah suai untuk dijadikan foodtruck bagi menjual makanan dan minuman buat para pelanggan di kawasan Cheras.
Permulaan bisnes beliau sekali lagi diuji apabila beliau terpaksa mengeluarkan keuntungan beliau sendiri hasil menjual rumah untuk membiayai gaji pekerja berikutan jumlah jualan yang masih belum tinggi untuk menanggung gaji pekerja.
Bulan-bulan seterusnya, perniagaan beliau mula mendapat momentum yang baik di mana para pelanggan mulai mahukan ruangan yang lebih besar untuk menjamah di kawasan tersebut.
..bulan pertama bisnes tak balik modal, guna income jual rumah utk cover gaji staff, around bulan ketiga baru merasa hasil untung. After a while bisnes start ada based customer and demand makin tinggi. Time tak sesuai dh utk buat foodtruck sbb ramai minta tambah seating..
— Zed Rodzuan (@ZedRodzuan7) October 6, 2023
Beliau memaklumkan perniagaan beliau turut mendapat perhatian rakannya yang sedia melabur dalam Soru Station di mana beliau menggunakan dana RM17,000 tersebut untuk berpindah ke medan selera berdekatan.
Rezeki berpihak kepada beliau pada kali ini apabila salah seorang daripada pelanggan beliau yang merupakan pegawai Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang sedia menawarkan peluang dana pinjaman kerajaan sebanyak RM100,0000 kepada beliau selaku usahawan tempatan.
Usaha beliau untuk memohon berserta perniagannya yang semakin mendapat perhatian akhirnya berjaya diluluskan pihak PUNB sekaligus membolehkan beliau meluaskan perniagaan beliau dengan membuka kedai yang lebih besar di Kota Damansara.
..dia offer dana 100k pinjaman dari kerajaan utk usahawan. Try apply dan alhamdulillah lulus. Terus buka 1 lagi branch di kota damansara. Lepas tu dah tak toleh ke belakang, satu per satu kawasan jajahan berjaya ditakluk. Semua atas modal sendiri saving semua profit hasil…
— Zed Rodzuan (@ZedRodzuan7) October 6, 2023
Berjaya melebarkan sayap dengan membuka 9 cawangan
Siapa sangka, bermula daripada terbeban dengan hutang RM180,000, lelaki ini berjaya buktikan mahu kembali bangkit dengan membuka 9 cawangan Soru Station hasil keuntungan perniagaan yang diusahakan.
..dari 1 branch kini dah cecah 9 branch dan incoming lagi 7 branch before bulan 3 tahun depan. Semuanya bermula dari sebuah lori buruk selepas kejatuhan hidup yg agak sadis. Inilah kisah jatuh bangun sebuah Soru Station 💪🏻 pic.twitter.com/Rjs3tK80Kz
— Zed Rodzuan (@ZedRodzuan7) October 6, 2023
Lebih hebat, beliau bercadang untuk membuka 7 lagi cawangan Soru Station dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang.
Perkongsian penuh inspirasi beliau berjaya membuat para netizen kagum serta terinspirasi dengan kisah jatuh bangun beliau. Tidak kurang juga yang memuji hidangan di Soru Station beserta harganya yang berbaloi.
Salute 🫡 https://t.co/Cl0rXPYZpm
— Amin Syazwan (@iamaminsyazwan) October 7, 2023
Peh memang betul jatuh bangun mat 🤟🏻😭 https://t.co/saIl66J5z4
— shinigami-san (@naqibithnin_) October 7, 2023
Bestnyaaa! Hebat! Rezeki datang di kemudian hari. 🥹👍
Soru station sedap gak. Sesuai untuk makan beramai-ramai. Masa nak berhenti keje dulu, terus ajak workmates dinner sini sebab western yg affordable. https://t.co/fYm6yfKxmU
— 🏴 JanzJerung 🏴 (@FauzanHamidi93) October 7, 2023
Setakat ini Soru Station sudah berada di beberapa kawasan terdiri daripada Kota Damansara, Shah Alam, Sungai Besi, Wangsa Maju, Bangi, Ampang, Puchong dan Setia Alam. Difahamkan penawaran hidangan yang pelbagai serta harga yang membaloi antara yang menjadi tarikan utama Soru Station.