TikTok adalah satu aplikasi yang makin hype di Malaysia dan ramai yang menghasilkan pelbagai video yang fun dan juga ada pengisian. Terdapat pelbagai video menarik dihasilkan menjasi tontonan ramai.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter berkongsi sebuah video TikTok dimana menunjukkan seorang majikan memberikan hadiah kepada pekerjanya. Bagi anda yang tidak tahu, pemilik akaun TikTok itu iaitu khiu19 sering tampil dengan pelbagai sketsa menggunakan bahasa Melayu.

Akhirnya rezeki pakcik. Alhamdulillah pic.twitter.com/GwppJbId3u
— Si Pa Sad (@MOFASAD) January 20, 2020
Berikutan perkongsian tersebut, rata-rata netizen cukup kagum dan mengatakan beliau seorang majikan yang baik dan menghargai pekerja. Malah, ada juga netizen yang berasa terharu dan terasa ingin menangis melihat video tersebut.
tiktok sekarang boleh buat nangis https://t.co/0QKMLGyNex
— IPANSU (@ipansu) January 20, 2020
Faith in humanity restored. Kindness and compassion never goes out of style!
— Introvert_08 (@08_introvert) January 21, 2020
Nanti aku dah kerja , aku harap aku dpt bos baik mcm ni . ๐
— ๐พ๐๐๐ต๐๐๐น๐๐๐๐๐ ๐ฆ (@onenurrafqa) January 21, 2020
Sebelum ini, rata-rata pengikut khiu19 hanya merasakan beliau hanyalah video creator untuk akaun miliknya yang pernah tampil dengan kereta mewah dalam videonya. Akan tetapi, identiti sebenarnya mengejutkan ramai pihak.
Sebenarnya beliau adalah Dato’ Calvin Khiu, CEO MK Curtain. Anda pasti terkejut, bukan? Malah, bagi yang mengenali beliau cukup kagum dengan beliau dan mengatakan beliau sering mendapat ‘award’.
Boss MK curtain. Bagus betul hargai pekerja ๐คฉ https://t.co/To3trrcrxO
— syafiqah (@haisyaaa) January 22, 2020
Mana tak kaya. Langsir kat rumah tu almost 3.6k MK curtain duk charged. Haha. Tapi berbaloi la. https://t.co/8lzOqDiNok
— โจErman Marzuki โจ (@ErmanMarzuki) January 21, 2020
Dari dulu aku respek dengan bos MK curtain ni.
Buat video bahasa melayu dan selit banyak mesej2 yg penuh manfaat.
Now this, penuhkan impian orang2 muslim yg kurang berkemampuan.
Semoga Allah beri hidayah buatmu https://t.co/heDmepjD1o— mikeong (@miyekard) January 21, 2020
Siapa sangka pemilik syarikat besar seperti MK Curtain memiliki akaun TikTok? Pastinya ini juga satu boleh dikatakan satu marketing yang bagus dan ‘fresh’ oleh satu syarikat besar.
Adakah anda juga kagum beliau? Sementara itu, Perak dikhabarkan akan menggunakan TikTok sebagai medium untuk promosikan negeri mereka. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Dulu Permohonan Kerja Ditolak, Kini Beliau Pemilik Tempat Kerja Tersebut
TMJ Pemilik Sebenar Istana Dalam ‘Crazy Rich Asians’ Yang Bernilai RM14 Bilion