Setiap orang mempunyai impian yang mahu dicapai dan apabila tercapai, ia akan menjadi satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kentangterox telah berkongsi sebuah video memaparkan seorang murid yang mahu lompat tinggi dibantu oleh seorang guru untuk lepasi palang.
@syafikecik
Untuk pengetahuan anda, murid tersebut merupakan golongan orang kurang upaya (OKU) dan hajatnya untuk lepasi palang itu akhirnya tercapai dengan bantuan oleh seorang guru.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen terharu melihat tindakan guru tersebut yang membantu untuk merealisasikan hajat murid itu.
Malah, para netizen turut memuji tindakan guru itu dan memuji peranan rakan-rakannya kerana tidak jemu memberikan sokongan kepada seorang insan istimewa.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan hak OKU pada pautan di bawah.
12 Keistimewaan Jadi OKU Berdaftar Dan Bagaimana Mendapatkannya
‘Fahami Dan Hormat’, Netizen Kongsi Pengalaman Berurusan Dengan OKU Selepas Baca Kisah Azmi Saat
Bapa Kecewa Hak Anak OKU Dinafikan Selepas Peniaga Minta Alih Kereta Untuk Buka Gerai