Mendengar lagu di Spotify sudah menjadi satu kebiasaan bagi pencinta muzik. Bagaimanapun, kadang-kala anda pasti merindui untuk mendengar celoteh DJ yang berinteraksi di samping mendengar lagu kegemaran menerusinya.

Jadi, Spotify memberi solusi dengan melancarkan DJ yang merupakan kecerdasan buatan yang menjadi pengganti DJ manusia. Dengan pengenalan ini, anda sudah tidak akan keseorangan lagi dan bakal ditemani oleh DJ sewaktu mendengar muzik.

Baca Juga:

Seperti DJ di dunia sebenar, DJ maya ini akan memainkan muzik mengikut citarasa pengguna dan memberi komentar tentang sesebuah lagu sebelum dimainkan.

Dengan ini, pengguna akan dapat mendengar lagu kegemaran dalam masa yang sama ditemani oleh DJ tersebut sepanjang playlist dimainkan. Menariknya, DJ ini juga boleh menyarankan lagu baharu dengan genre yang diminati malah memutarkan semula lagu yang lama tidak didengari.

Buat masa ini, Spotify DJ hanya diberikan kepada pengguna premium di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja. Selepas itu, barulah diberikan secara rasmi kepada para pengguna.