Bahang Pliharanraya Umum Ke-14 semakin terasa. Bersesuaian dengan tarikh mengundi yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 9 Mei 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini telah menawarkan sebuah laman khas untuk anda menyemak lokasi mengundi anda sebelum membuat undi bagi parti pilihan anda.
Melalui laman yang ditawarkan, apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang semak untuk mengetahui lokasi mengundi anda.
Buat anda yang masih belum menyemak lokasi mengundi anda, adalah lebih baik untuk membuat persediaan awal dengan membuat semakan di laman rasmi SPR ini. Anda boleh klik di sini untuk menyemak.