Laporan berkaitan kebocoran data dilihat semakin banyak pula pada saban hari di serata dunia. Lebih mengejutkan lagi, insiden kebocoran data ini melibatkan lebih jutaan data pengguna yang sedia dijual secara terbuka kepada mereka yang berminat.

Terbaharu, terdapat satu lagi insiden data pengguna yang dicuri lalu dijual ke pasaran gelap pada pengakhiran tahun ini. Kali ini dilaporkan sekitar 13 juta data pengguna yang dikatakan datang dari Astro, Maybank yang ditawarkan secara terbuka di sebuah laman yang menjadi tempat jual beli pangkalan data yang digodam.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Facebook

Maklumat yang dibocorkan terdiri daripada nama penuh, nombor MyKad, alamat kediaman penuh dan nombor telefon. Kesemua data ini sangatlah sangat sensitif memandangkan ia boleh disalah gunakan untuk penipuan identiti. Terdapat sejumlah data pengguna  yang telah diperlihatkan kepada pengguna secara terbuka.

Insiden ini bagaimana sudahpun mendapat perhatian daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada pagi ini dengan arahan diberikan kepada Cybersecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi supaya tindakan lanjut diambil.

Hal ini sekaligus menimbulkan kegusaran orang ramai terhadap keselamatan sekuriti di negara ini yang dilihat tidak kukuh. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah proaktif secara komprehensif berkaitan sekuriti siber untuk melindungi kebaikan semua.

Sumber