Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeterai Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) melalui kerjasama dengan National Crime Agency (NCA) United Kingdom pada Disember tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung siasatan aset Tun Dr Mahathir Mohamad, keluarga dan individu berkaitan.
Memetik Harian Metro, satu sumber menyatakan SPRM sebelum ini sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC), Unit di bawah National Crime Agency (NCA) yang berpusat di London berkaitan kes ini.
Baca Juga:
- ‘Saya Berpuas Hati’ – Ketua SPRM Dedah Nilai Harta Dua Anak Tun Mahathir, Ini Jumlahnya

- SPRM Tiada Hasrat Tahan Tun Mahathir

- Mirzan Mahathir Diarah Isytihar Aset Dalam Masa 30 Hari

“SPRM kini sedang menunggu senarai aset rasmi daripada pihak berkuasa United Kingdom membabitkan Kanada, Switzerland, Jepun dan United Kingdom.
“Selepas maklumat lengkap diperoleh, SPRM akan memulakan proses perundangan bagi tindakan sitaan dan melucuthak aset yang dikenal pasti, sebagaimana yang dilakukan dalam kes membabitkan Tun Daim Zainuddin sebelum ini,” katanya.
Tambah sumber itu, usaha untuk mengesan dan memulangkan aset yang dipercayai diselewengkan bukanlah perkara mudah. Ia memakan waktu yang lama kerana membabitkan instrumen perundangan antarabangsa serta kerjasama pelbagai pihak berkuasa luar negara.
“Namun siasatan akan diteruskan secara telus demi memastikan segala aset yang diperoleh secara haram dapat dipulangkan kepada negara,” katanya.