Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kongsikan perkembangan terkini siasatan ke atas rangkaian pusat urut terkemuka kerana dipercayai terbabit dalam kes rasuah melibatkan penguat kuasa.
Menerusi hantaran TikTok, lima individu ditahan reman bagi membantu siasatan kes.
Baca Juga:
- SPRM Sita Aset Milik Tan Sri Bernilai RM9.7 Juta

- Kes IJM: SPRM Beku 55 Akaun Bank Bernilai RM15.8 Juta

- SPRM Kesan Negara Asia Barat Kini Jadi Port ‘Cuci Duit’ Rakyat Malaysia

Perintah reman terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Puan Ezrene binti Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Empat suspek direman selama empat hari sehingga 31 Januari 2026. Manakala seorang lagi suspek direman selama tiga hari sehingga 30 Januari 2026 bagi membantu siasatan lanjut.
@sprm.malaysia RASUAH PENGUATKUASA: SPRM–MATF JALANKAN SIASATAN LIBATKAN RANGKAIAN PUSAT URUT TERKEMUKA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu bagi membantu siasatan kes rasuah penguat kuasa yang melibatkan sebuah rangkaian pusat urut terkemuka. Perintah reman terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Puan Ezrene binti Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat oleh SPRM pagi tadi. Mahkamah membenarkan empat suspek direman selama empat hari sehingga 31 Januari 2026, manakala seorang lagi suspek direman selama tiga hari sehingga 30 Januari 2026 bagi membantu siasatan lanjut. Kesemua suspek yang terdiri daripada pengarah syarikat serta pengurusan kanan beberapa entiti perniagaan, berusia lingkungan 30 hingga 50-an, telah ditahan pada 27 Januari 2026 di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya. Semalam, Bahagian Operasi Khas SPRM telah melaksanakan satu siasatan menerusi operasi bersepadu bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap rangkaian pusat urut yang mempunyai 32 cawangan di seluruh negara, dipercayai telah beroperasi sejak tahun 2023. Siasatan awal mendapati syarikat terbabit disyaki mengamalkan sistem perakaunan dua lapis, di mana sebahagian besar jualan tunai tidak dilaporkan, sekali gus menyebabkan anggaran kebocoran cukai sekitar RM7.56 juta setahun. Selain itu, siasatan turut mendapati berlaku pembayaran rasuah kepada pegawai penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melancarkan operasi syarikat serta sebagai wang perlindungan. Beberapa individu telah dikenal pasti dan tindakan susulan sedang diambil. Sebagai sebahagian daripada tindakan siasatan, SPRM telah membekukan sebanyak 121 akaun bank, melibatkan akaun persendirian dan akaun syarikat-syarikat berkaitan, dengan jumlah anggaran keseluruhan RM11.5 juta. Setakat ini, 12 rakaman percakapan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan lanjut. Siasatan turut melibatkan pembekuan aset-aset di Lembah Klang dan Johor yang disyaki diperoleh hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram, meliputi lima (5) buah kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM1.5 juta, lima unit premis komersial bernilai kira-kira RM7.3 juta, dua unit hartanah perindustrian bernilai lebih kurang RM2.3 juta, serta tujuh (7) unit kediaman dengan nilai anggaran sekitar RM7.7 juta. Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, mengesahkan operasi berkenaan sedang dijalankan dan memaklumkan bahawa siasatan memberi fokus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009), selain turut meneliti elemen kesalahan jenayah lain termasuk aktiviti pengubahan wang haram. Ikuti media sosial rasmi SPRM untuk perkembangan berita selanjutnya. #taatsetia #SPRMMalaysia #rasuahdihinamaruahdibina
Menurut kenyataannya, Bahagian Operasi Khas SPRM telah melaksanakan satu siasatan menerusi operasi bersepadu bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap rangkaian pusat urut yang mempunyai 32 cawangan di seluruh negara, dipercayai telah beroperasi sejak tahun 2023.
“Siasatan awal mendapati syarikat terbabit disyaki mengamalkan sistem perakaunan dua lapis, di mana sebahagian besar jualan tunai tidak dilaporkan, sekali gus menyebabkan anggaran kebocoran cukai sekitar RM7.56 juta setahun.
“Selain itu, siasatan turut mendapati berlaku pembayaran rasuah kepada pegawai penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melancarkan operasi syarikat serta sebagai wang perlindungan. Beberapa individu telah dikenal pasti dan tindakan susulan sedang diambil.
“Sebagai sebahagian daripada tindakan siasatan, SPRM telah membekukan sebanyak 121 akaun bank, melibatkan akaun persendirian dan akaun syarikat-syarikat berkaitan, dengan jumlah anggaran keseluruhan RM11.5 juta. Setakat ini, 12 rakaman percakapan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan lanjut,” kata SPRM.
Antara pembekuan aset adalah 5 unit premis komersial bernilai kira-kira RM7.3 juta, 2 unit hartanah perindustrian bernilai lebih kurang RM2.3 juta dan 7 unit kediaman bernilai sekitar RM7.7 juta, 5 buah kenderaan bernilai RM1.5 juta.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, mengesahkan operasi berkenaan sedang dijalankan dan memaklumkan bahawa siasatan memberi fokus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009), selain turut meneliti elemen kesalahan jenayah lain termasuk aktiviti pengubahan wang haram.