Pasukan Sri Pahang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat dua penjaga gol skuad B-23 Tahun negara bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024.

Menurut laporan wartawan The Star iaitu T. Avineshwaran, dua penjaga gol yang dimaksudkan ialah Sikh Izhan Nazrel dan Rahadiazli Rahalim dimana Pahang mahu mendapatkan dua penjaga gol ini menerusi pinjaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Musim ini, Sikh Izhan beraksi bersama Negeri Sembilan dan beliau muncul sebagai salah satu penjaga gol muda terbaik negara dimana beliau kerap kali menampilkan prestasi cemerlang khususnya dalam saingan Liga Super.

Rahadi pula menjadi penjaga gol nombor dua bagi Terengganu FC musim ini dimana beliau kehilangan tempat dalam kesebelasan utama kepada Suhaimi Hussin.

Dua penjaga gol muda ini dilihat bakal meninggalkan kelab masing-masing musim hadapan setelah peluang mereka untuk menjadi nombor satu adalah tipis.

Khairulazhan Khalid baru-baru ini dikhabarkan telah menandatangani kontrak lajutan bersama Selangor dan beliau dijangka kekal berada dalam skuad utama bagi memberikan saingan terhadap Samuel Somerville.

Kehadiran dua penjaga gol ini dilihat menyukarkan peluang Sikh Izhan untuk beraksi bersama skuad utama musim hadapan.

Sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentanf Johor Darul Ta’zim (JDT) bulan lalu, pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbrückner menegaskan Rahadi perlu mencari kelab lain jika mahu beraksi dalam kesebelasan utama.

“Untuk (kebaikan) masa depannya, saya fikir dia mesti ke tempat lain untuk menjadi penjaga gol nombor 1. Tetapi buat masa sekarang bagi pasukan saya, Suhaimi adalah penjaga gol utama,” kata Tomislav.

Musim baharu Liga Malaysia 2024/2025 akan bermula pada 3-5 Mei 2024 sehingga April 2025 berikutan langkah penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) menyelaraskan musim domestik dengan kalendar baharu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tambahan pula, Piala MFL akan bermula pada 13 Mei 2024 manakala tarikh pendaftaran pemain untuk jendela perpindahan MFL 2024/2025 akan bermula dari 3 Februari hingga 26 April 2024.