Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah bersedia untuk digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan turun berdepan Sri Pahang.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) iaitu Iliyas Jamil dimana beliau turut menegaskan keadaan rumput kini berada di tahap terbaik.

Baca Juga:

Rumput Zeon Zoysia Stadium Nasional Dalam Keadaan Tip Top

“Rumput telah matang dengan baik dan dalam keadaan terbaik, jadi kami tidak mahu mengganggu keadaan semasa.

“Padang pastinya akan siap pada masanya untuk perlawanan akhir Piala Malaysia,” kata Iliyas dipetik dari laporan NST.

Selain itu, beliau turut memaklumkan ketika ini, PSM belum berhasrat untuk menukar rumput baharu, sebaliknya akan mengekalkan penggunaan Zeon Zoysia kerana perkara itu akan memberi kesan kepada beberapa aspek, terutama cara penjagaan rumput yang terbaik.

Sementara itu, rumput hibrid pula akan diletakkan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara untuk pemantauan secara rapi daripada pelbagai sudut sebelum memutuskan sama ada beralih ke rumput baharu atau sebaliknya.

Sebelum ini, setiap kali mahu digunakan untuk perlawanan akhir kejohanan domestik ataupun skuad kebangsaan, kualiti rumput sentiasa menjadi isu dimana permukaan padang Stadium Nasional berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada Mac tahun lalu, ketua jurulatih Oman iaitu Jaroslav Silhavy menyifatkan padang SNBJ tidak bersedia untuk dijadikan sebagai medan perlawanan.

Video yang dirakam pada 12 Mac 2024 telah menampakkan keadaan padang yang cukup teruk selepas dilanyak konsert Ed Sheeran bulan lepas sekaligus dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

Stadium Nasional
Rakaman Dron pada 12 Mac 2024
Stadium Nasional
Keadaan terkini padang SNBJ yang dirakam pada 23 Mac 2024