Beberapa tahun lalu peminat Harimau Malaya terpaksa hadir ke stadium dengan melihat palang dan pentas konsert Jay Chou.

Di Brazil situasi yang sama mereka hadapi. Konsert artis telah diadakan di stadium Palmeiras pula.

Bertempat di Allianz Parque, stadium tersebut menerima tempahan untuk konsert.

Stadium Allianz Parque kini menjadi destinasi konsert pilihan selepas Paul McCartney menjadi artis luar pertama membuat konsert di situ. Kemudian tahun lalu Taylor Swift pula mengadakan konsert di venue sama.

Kini stadium itu akan menjadi venue konsert untuk legenda mereka Roberto Carlos. Bukan Roberto Carlos yang ini ya:

via GIPHY

Tetapi Roberto Carlos penyanyi dan komposer legenda Brazil. Dia digelar sebagai Raja Muzik Latin oleh peminat muzik dari Amerika Selatan.

Menurut laporan pihak stadium sudah memberitahu Palmeiras perkara ini awal. Jadual untuk konsert itu sudah dimaklumkan sebelum jadual Serie A Brazil musim ini dikeluarkan.

Namu presiden kelab, Leila Pereira memutuskan untuk tidak meminta penundaan aksi atau menukar venue kepada aksi di away pada tarikh ini.

Dia kekal dengan pendirian agar perlawanan terus berlangsung sebelum konsert. Ini kerana menurutnya, perlawanan ini sangat penting dan harus berjalan seperti biasa.

Leila Pereira dikenali sebagai presiden kelab yang agak sukar menerima pandangan orang lain. Dia juga seorang yang cakap lepas. Baru baru ini dia menepis dakwaan kelab mahukan Neymar.

“Neymar tak akan menyertai Palmeiras, kelab ini bukan pusat perubatan. Saya nak seorang pemain yang sertai kami, esok terus boleh bermain seperti dimahukan pengurus..

“Saya tak terima kalau kami menandatangani pemain tidak cergas untuk bermain,” kata Leila yang menentang jika ada sebarang idea pengurus kelab mahukan Neymar.

Berbalik kepada kes stadium tadi. Pihak stadium menawarkan skrin besar di belakang pentas untuk peminat menyaksikan aksi di atas padang.

Stadium Palmeiras Ditutup Dengan Pentas Sempena Konsert Roberto Carlos

Lebih menarik lagi apabila dalam perlawanan ini Palmeiras kalah 1-3 di tangan Botafogo.