Walaupun ada lebih 4 tahun sebelum Fifa World Cup berlangsung di Qatar, pihak penganjur FIFA World Cup Qatar sangat teruja untuk memperlihatkan konsep-konsep stadium mereka yang pelbagai. Mereka mahu memberikan pengalaman yang terbaik untuk peminat yang akan melawat Qatar tahun 2022 nanti.

Salah satu stadium dalam perancangan mereka adalah sebuah stadium yang diperbuat daripada kontena. Idea ini datangnya dari Fenwick Iribarren Architects dan konsep stadium berkapasiti 40,000 tempat duduk ini memang sangat menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bangunan eco-friendly ini akan dibina di tapak Doha Waterfront dalam masa 3 tahun ini dan disebabkan ianya berkonsep modular, ianya boleh dibuka dan dipasang kembali mengikut acara yang akan berlangsung. Boleh kata seperti konsep blok Lego yang boleh dibuka dan dipasang kembali.

“Stadium ini akan menawarkan satu legasi di mana ianya boleh dipasang di lokasi yang baharu atau dipecahkan menjadi beberapa venue sukan atau tempat kebudayaan berskala kecil. Stadium ini akan digunakan sehabis baik walaupun selepas tamat Piala Dunia 2022,” Kata Hassan Al Thawadi, wakil khas Piala Dunia Qatar 2022.

Ianya satu idea yang bernas supaya stadium ini tidak hanya digunakan ketika Piala Dunia sahaja. Perkara seperti di stadium terbiar di Olimpik Rio dapat dielakkan. Steady Qatar.

Fifa qatar 2

Fifa qatar 3