Sebaik sahaja pembukaan semula industri pelancongan, rakyat Malaysia sudah mula ingin melancong ke pelbagai destinasi pilihan mereka. Terdapat pelbagai seleksi destinasi seperti berada di luar negara yang boleh dikunjungi.
Pengguna Facebook Ridzuan Hsn telah berkunjung ke Pulau Perhentian Kecil pada minggu yang lalu dan percutian tersebut bermula dengan perkara yang menyebabkan moodnya ‘spoil’.
Mana tidaknya, beliau telah dihalau daripada Cocohut Beach Resort oleh staffnya. Bukan sahaja staff resort tersebut tidak mesra pelanggan tetapi juga bertindak biadab terhadap dirinya iaitu pelanggan di resort itu.
Menurut Ridzuan, pada mulanya beliau merancang bersama seorang rakannya untuk ke Pulau Perhentian tetapi ‘last minute’ seorang lagi kawannya ingin sertai percutian mereka.
Oleh itu, kawannya lagi seorang telah membuat tempahan hotel sendiri di penginapan lain dan membuat pembayaran di Agoda. Ridzuan pula telah menempah penginapan menerusi agent dan tempahan telah dibayar.
Setibanya mereka di Pulau Perhentian Kecil, mereka telah ke penginapan Ridzuan dahulu untuk check-in kemudian baru ke penginapan rakannya itu. Ketika mahu check-in, staff Cocohut Beach Resort bersikap tidak mesra dan meminta caj tambahan sebanyak RM50 semalam untuk rakannya itu.
Beliau telah offer kepada rakannya untuk tinggal bersama mereka tetapi rakannya menolak kerana penginapan beliau di tempat lain telah dibayar. Jadi, Ridzuan telah menerangkan kepada staff resort tersebut dan menunjukkan bukti rakannya menginap di penginapan lain tetapi staff itu masih tidak percaya.
Malah, staff tersebut turut bertindak menghubungi agent dan mengadu bahawa mereka membawa orang luar dalam resort mereka sedangkan rakannya hanya duduk di receptionist. Selepas mendapat kunci bilik, rakannya masih duduk di receptionist dan Ridzuan bersama kawannya lagi seorang ingin naik untuk meletakkan barang.
Akan tetapi, sebelum sahaja mereka naik, staff resort bertindak ingin memulangkan duit dan halau mereka daripada resort. Hal tersebut cukup mengejutkan mereka kerana resort sanggup menghalau pelanggan kerana tolak tawaran tambahan RM50.
Selepas itu, mereka pun mengambil wang dan telefon agent mereka untuk dapatkan penginapan lain. Oleh itu, Ridzuan nasihatkan sebelum anda membuat sebarang tempahan penginapan, anda perlu baca ‘review’ dahulu untuk mengelakkan perkara yang dialami olehnya.
Ridzuan terkejut apabila melihat review yang ditinggalkan oleh mereka yang pernah menginap di sana kerana rata-rata mengatakan bahawa staff tidak mesra dimana ianya memang benar.
Apa yang lebih mengejutkan Ridzuan, staff yang biadab dan menghalau dirinya dan kawannya itu sebenarnya pemilik resort tersebut. Ridzuan mendapat maklumat tersebut apabila bertanya kepada masyarakat tempatan di sana.
Pastikan anda diluar sana berhati-hati sebelum membuat tempahan agar tidak berlaku perkara seperti ini. Sementara kami nantikan maklum balas pihak resort, kami ingin kongsikan tip & trik untuk tempah penginapan dengan harga murah pada pautan di bawah ini.
Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu
2 Cara Mudah Kesan ‘Hidden Camera’ Di Tempat Penginapan Anda