Pelukis yang bertanggungjawab menghasilkan watak-watak terkenal Marvel, Stan Lee Meninggal dunia di usia 95 tahun.

Beliau yang sering dilihat memeriahkan filem-filem Marvel Studios meninggal dunia di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles, California.

Pelakon-pelakon Hollywood khususnya yang pernah terlibat dengan filem Marvel mengucapkan takziah kepada Stan Lee menerusi laman Twitter dan Instagram.

https://twitter.com/ChrisEvans/status/1062066692631732224

https://www.instagram.com/p/BqGUJGbnleW/

https://www.instagram.com/p/BqGVaKXFtus/

Tiada lagi kelibat Stan Lee dalam filem Marvel selepas ini. Terima kasih Stan Lee kerana menghasilkan kartun hebat yang menghiburkan kanak-kanak sepanjang beliau berkarya bersama Marvel. Beliau adalah superhero yang sebenar.