Baru-baru ini tular satu video memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi melawan arus di sebuah lebuh raya di Johor hingga hampir menyebabkan kemalangan.

Menurut orang awam, kejadian itu berlaku Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Johor, kira-kira pukul 4.13 petang Ahad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Semasa kenderaan pemilik video mengekori belakang Honda City Hatchback, tiba-tiba kereta tersebut berhenti mengejut.

Tidak lama kemudian, terdapat sebuah Perodua Myvi melawan arus dengan menyelit di antara lorong kanan dan tengah.

Video asal yang dikongsikan Facebook Michelle Tan membuatkan pengguna media sosial berasa marah dengan tindakan pemandu Myvi terbabit.

Ramai warganet menjangkakan pemandu Myvi itu akan menggunakan ‘kad OKU’, ‘kad sakit mental’ apabila kena tahan dengan pihak berkuasa nanti.

Dalam pada itu, orang ramai berasa pelik, sekiranya tersalah jalan sekali pun, pemandu Myvi terbabit tidaklah boleh melawan arus sehingga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Pada masa sama, warganet turut mencadangkan sekiranya ternampak situasi seperti itu, segera hubungi pihak berkuasa untuk elakkan pengguna jalan raya tidak bersalah terlibat kemalangan dengan pemandu tidak bertanggungjawab itu.