Tinggal kurang lebih dua minggu sahaja lagi sebelum berakhirnya bulan Ramadan, mungkin ada dalam kalangan anda yang sudah tidak tahu untuk memilih menu apa sebagai hidangan pencuci mulut untuk berbuka nanti. Jangan risau kerana Starbucks telah melancarkan 3 menu khas disamping pengenalan semula ‘Muffin Ondeh-Ondeh’.

Starbucks-Food-4

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3 menu baharu yang diperkenalkan ialah Bandung Eclair, Donut Gula Melaka dan Green Velvet Pandan Cake. Ketiga-tiga menu baharu yang diberi sentuhan citarasa masyarakat tempatan pastinya dapat menarik minat untuk orang ramai mencuba menu ini.

Mungkin anda boleh mencuba pakej ‘Iftar Special’ bersama rakan atau yang tersayang yang menawarkan 2 air bersaiz Grande dan sepotong kek dengan harga hanya RM29.90. Tunggu apa lagi, ajak rakan anda untuk bersama-sama mencuba menu baharu ini.