Facundo Garces memainkan watak penting buat skuad kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada bulan lalu.
Beliau mencipta gandingan yang baik bersama Matthew Davies dan Jon Irazabal bagi memastikan gawang Malaysia tidak dibolosi.
Baca Juga:
- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia
- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
- Hardi Jaafar – ‘Selamat Jahanam Liga Malaysia’
Statistik Facundo Garces Bersama Deportivo Alaves
Baru-baru ini, kelab Facundo iaitu Deportivo Alaves berkongsi statistik mengenai pemain itu dalam saingan liga.

Dalam hanya setengah musim, Garces telah mengatasi beberapa rekod purata per
perlawanan dalam saingan La Liga.
Garces mencatatkan purata 0.7 hadangan
percubaan tepat bagi setiap perlawanan,
lebih tinggi berbanding purata LaLiga iaitu 0.5.
Selain itu, dia juga merekodkan 6.2
pengeluaran bola daripada kawasan bahaya,
berbanding purata 4 dalam pertandingan
berkenaan.
Daripada segi kekuatan fizikal dan kawalan bola di udara, Garces mencatatkan purata 2.4 kemenangan duel di udara bagi setiap
perlawanan, melebihi purata liga sebanyak
1.8.

Garces telah beraksi sebanyak 676
minit sejak menyertai Alaves pada Ogos
tahun lalu, sekaligus membuktikan impak
besar yang dibawanya dalam tempoh
singkat.