Mungkin statistik ini agak mengejutkan ramai, namun menurut laporan terbaru daripada TIME, 82% daripada kekayaan dunia kini dipegang oleh 1% kelompok manusia terkaya dunia. Dalam erti kata lain, 4 daripada 5 dollar yang dijana pada tahun lalu diterima daripada 1% manusia terkaya dunia.

Dalam pada itu, menurut statistik 3.6 bilion pengguna yang tersenarai sebagai penerima 50% gaji terendah dunia gagal untuk keluar daripada kepumpung kemiskinan. Jumlah kekayaan mereka juga turut mewakili kekayaan 8 manusia terkaya dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

large_pAkqG26TonZaj0beoRufDP317D3gwE2c-mmMVdZkXeE

Sebuah lagi fakta menarik yang dikeluarkan World Economic Forum, para wanita mungkin memerlukan 217 tahun untuk menyamai kekayaan lelaki pada hari ini.

Setakat akhir 2017, Jeff Bezos selaku CEO Amazon merupakan manusia terkaya dunia diikuti dengan Bill Gates, Warren Buffet, Jeff Bezos, Amancio Ortega dan Mark Zuckerberg.

combination-photo-bill-gates-warren-buffett-jeff-bezos-amancio-ortega-mark-zuckerberg-larry-ellison-carlos-slim-michael-bloomberg

Nantikan artikel terbaru kami mengenai statistik penerimaan gaji, kekayaan rakyat Malaysia serta jumlah yang dikumpul oleh manusia-manusia terkaya Malaysia.

Sumber