Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 yang diumumkan semalam telah merekodkan pencapaian terbaik sejak peperiksaan itu mula dilaksanakan pada 1982.

Peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dengan catatkan 0.01 mata kepada 2.85 itu sudah cukup untuk melakar sejarah baharu.

Lebih menarik untuk diperkatakan seperti dilaporkan sumber Harian Metro, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus berjaya meraih PNGK 4.00.

Satu pencapaian yang menunjukkan peningkatan sebanyak 150 calon berbanding tahun 2023.

STPM 2024 Mengikut Negeri

Terengganu

Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan apabila mencatat PNGK terbaik kebangsaan bagi enam tahun berturut-turut dengan merekodkan PNGK 3.12, berbanding 3.11 pada tahun sebelumnya sekali gus mengatasi PNGK Nasional, 2.85.

Pelajar Sekolah Menengah Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, Siti Asihah Othman telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik STPM 2024 (Sains Sosial) peringkat kebangsaan.

Pahang

Pahang mencatatkan sebanyak 82 calon mendapat keputusan tertinggi PNGK 4.00 pada tahun ini dan 1,142 calon pula memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.00.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut telah terpilih sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Keseluruhan Kebangsaan bagi Mod 2 dan Mod 3.

Pencapaian individu pula menyaksikan Liew Exuan dari SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan bagi Aliran Sains manakala Roziana Tan Beng Hai dari SMK Tanjung Gemok, Rompin menerima Anugerah Pelajar Orang Asli Terbaik Kebangsaan.

STPM 2024
Kredit Foto: Roziana Tan Beng Hai bersama ibu-bapanya. Kredit Foto: NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Johor

Johor turut cemerlang dengan mencatatkan PNGK 2.95  dengan tujuh calon meraih 5A manakala 167 calon pula mendapat 4A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Sabah

Seramai 146 calon mendapat PNGK 4.00 dimana ia memperlihatkan peningkatan seramai 16 orang calon berbanding tahun 2023.

11 Pejabat Pendidikan Daerah di sana mendapat PNGK 2.85 manakala 13 lagi mencatatkan 2.77 mata.

Kelantan

Di Kelantan, 123 calon mendapat PNGK 4.00 dan seramai 56 calon memperoleh semua A bagi lima mata pelajaran yang diambil dengan PNGK 4.0.

Perak 

Perak juga turut mencatatkan keputusan cemerlang dengan 106 calon meraih PNGK 4.0.

3,057 daripada 3,088 calon yang mengambil peperiksaan STPM 2024 berjaya memperoleh keputusan lulus penuh.

Kedah

Seramai 98 calon atau 3.51 peratus calon yang menduduki pemeriksaan STPM 2024 memperoleh PNGK 4.00.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan 0.91 peratus berbanding 2023 iaitu daripada 74 calon kepada 98 calon bagi 2024.

Pulau Pinang

95 calon di negeri tersebut telag memperoleh PNGK 4.0 dalam Peperiksaan STPM 2024 dimana terdapat peningkatan 25 orang berbanding 70 calon pada STPM 2023.

Sarawak

92 calon berjaya mencatatkan PNGK 4.00 meningkat berbanding 88 calon pada tahun sebelumnya.

Perlis

Seramai 20 pelajar berjaya mendapat PNGK 4.00 dan tiada calon gagal selama lima tahun berturut turut di negeri ini.

Melaka

Keputusan STPM di negeri ini mencatatkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dengan catatan 0.07 mata kepada 2.88, berbanding 2.81 pada tahun lalu.

Sekali gus ia menjadi PNGK terbaik dalam tempoh lima tahun bermula pada 2020.

Seramai 37 atau 3.33 peratus calon mendapat PNGK 4.00. Peningkatan sebanyak 14 calon berbanding 21 calon mendapat keputusan sama pada 2023.

STPM 2024
Pelajar Terbaik STPM, terbaik Sejarah Ahmad Hanif Roslan. Kredit Foto: NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi PNGK Kebangsaan selepas berjaya memperolehi 2.86.

Peningkatan 0.4 mata berbanding pencapaian dinikmati negeri tersebut pada STPM 2023.

Seramai 38 calon mencapai PNGK 4.0 dengan memperolehi 4A Prinsipal berbanding 45 calon pada tahun sebelumnya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail menjadi sekolah terbaik dengan pencapaian PNGK tertinggi iaitu sebanyak 3.31.

Sementara itu, Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz mencatatkan peningkatan PNGK iaitu dari 2.74 kepada 2.79.

*Statistik Selangor dan Wilayah Persekutuan akan dikongsikan selepas maklumat disahkan.