Pasukan kebangsaan Iran menjadi antara pasukan terawal yang berjaya mengesahkan kemaraan mereka ke temasya Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Keputusan seri 2-2 ketika menentang Uzbekistan pada Isnin hasil jaringan penyerang Inter Milan, Mehdi Taremi sudah cukup untuk membawa negara itu ke temasya 2026 nanti.
Baca Juga:
- Giliran UEFA Gantung Tugasan David Coote Selepas Kontroversi Video Hina Klopp
- Trump Bakal Larang Rakyat Dari 11 Negara Ini Masuk Amerika, Ada Malaysia?
- ‘Kami Sedia Berperang Dengan Amerika’ – China Cabar Trump
Akan tetapi, status pasukan itu kini menjadi tanda tanya susulan sekatan perjalanan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Iran.
Donald Trump Mahu Halang Kemasukan Rakyat Iran

Pentadbiran Presiden Donald Trump mencadangkan senarai 41 negara yang dikenakan sekatan perjalanan, dan Iran antara sasaran utama selain Korea Utara, Yaman dan Syria.
Beberapa negara lagi yang bakal layak juga mungkin akan menghadapi nasib yang sama seperti Iran antaranya Cameroon, Sudan, Burkina Faso, Cape Verde, DR Congo dan Venezuela yang masih di peringkat kelayakan.
Memo itu dikeluarkan selepas perintah eksekutif 20 Januari yang memerlukan peningkatan pemeriksaan terhadap warga asing dari negara yang dianggap sebagai ancaman keselamatan negara.

Walaupun temasya itu akan dianjurkan bersama Mexico dan Kanada, kemungkinan besar Team Melli akan bermain di Amerika Syarikat apabila Piala Dunia 2026 tiba.
Ketika ini, hanya satu tempat di kejohanan itu (pasukan pilihan ketiga dalam kumpulan A saingan kelayakan) bermain semua perlawanan peringkat kumpulan mereka di luar Amerika Syarikat.
Pasukan yang layak akan beraksi ketiga-tiga perlawanan kumpulan di Mexico, dengan perlawanan kedua menentang negara asal.
Team Melli hanya boleh mengelak bermain di Amerika Syarikat dengan memenangi Kumpulan A, dan akan terus bermain di Mexico sehingga berpindah ke Miami untuk peringkat suku akhir.
Sepanjang beraksi dalam 7 temasya Piala Dunia, pasukan dari Asia Barat itu tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan.