Hampir separuh abad selepas anak muda yang digelar genius, Professor Hawking menyiapkan thesis bertajuk ‘Properties of expanding universes’, akhirnya thesis ini mula dilepaskan kepada umum secara percuma pada minggu ini oleh University of Cambridge.
Dikatakan selepas thesis Stephen Hawking ini dibuka kepada umum, laman web tersebut menerima lebih 60,000 pengguna yang membaca dan memuat turun secara serentak. Jumlah yang agak mengejutkan pihak universiti tersebut memandangkan mereka cuma menerima kurang daripada 100 pengunjung setiap bulan.
Sebelum ini pengguna masih berpeluang untuk membaca perkongsian ini cumanya thesis ini ditawarkan di perpustakaan University of Cambridge. Bagi perkongsian digital, pengguna perlu membayar sebanyak $65 (~RM275.21).
Melihat kepada apa yang berlaku pada laman web University of Cambridge, jelas masih ramai diluar sana yang dahagakan ilmu lebih-lebih lagi dalam bidang yang kompleks seperti yang dikongsikan oleh Stephen Hawking. Setakat ini laman web University of Cambridge berjaya diakses semula beberapa jam selepas perkongsian dimuat naik.