Perak Bison menamatkan penantian kemenangan ke atas seteru utama, Kuala Lumpur (KL) Thunder pada aksi kedua peringkat kumpulan Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Johor, sebentar tadi.

Kemenangan manis itu bukan sahaja membawa Perak Bison ke suku akhir, malah turut meletakkan pasukan tangga kedua ranking keseluruhan tersebut selaku juara kumpulan.

Baca Juga:

KL Thunder pula mengiringi Perak Bison di kedudukan kedua berbekalkan defisit mata diraih berbanding satu lagi pasukan iaitu Terengganu Turtles.

Tewas kepada Terengganu Turtles pada aksi malam tadi, Perak Bison yang dibarisi Kritsada Sungvung (tekong), Muhammad Noraizat Mohd Nordin (apit kanan) dan apit kiri, Aidil Aiman Azwawi tampil dengan cukup baik pada set pertama walaupun terpaksa berhadapan gandingan mantap Syahir Rosdi dan Zarif Marican Ibrahim Marican selaku tekong, Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan Amir (apit kiri).

Ia jelas dibuktikan dengan kemenangan mudah 15-6 diraih skuad kendalian Dzafrul Anuar tersebut bagi memberikan kelebihan buat Perak Bison.

Kecemerlangan itu bagaimanapun gagal diteruskan setelah KL Thunder bangkit daripada lamunan untuk tidak berdepan masalah menang 15-8.

Aksi lebih menarik ditampilkan pada set penentuan dimana kedua-dua regu saling kejar-mengejar mata sejak awal permainan.

Deretan servis menarik dijelmakan Kritsada selepas kedudukan 10-10 jelas membuatkan Syahir, Azlan dan Amirul berdepan kesukaran malah servis Syahir juga kurang berkesan sekali gus memastikan kemenangan 15-10 memihak Perak Bison.

Kemenangan yang sekali gus menamatkan rentetan tiga perlawanan berturut-turut Perak Bison ke atas KL Thunder pada musim ini.