Pencarian juara keseluruhan Sepaktakraw League (STL 2025) semakin menarik untuk disaksikan apabila Perak Bison, Negeri Sembilan Antlers dan Melaka Titans melayakkan diri ke separuh akhir.

Tiga pasukan tersebut bersama Selangor Pistons tampil dengan aksi bertenaga terutamanya pada aksi kedua peringkat kumpulan sekali gus meletakkan mereka selangkah lebih dekat untuk merebut kejuaraan  GP terakhir ini.

Baca Juga:

Seperti dilaporkan semalam, Perak Bison perlu layak ke perlawanan akhir untuk mengesahkan kejuaraan keseluruhan menjadi milik mereka.

Tetapi ia nyata bukan tugas bukan kerana Negeri Sembilan Antlers bakal menjadi lawan mereka di separuh akhir pada 9.30 malam ini.

STL 2025: Jadual Penuh Aksi Hari Keempat GP Pulau Pinang

Sebelum itu, Melaka Titans terlebih dahulu akan berhadapan dengan pasukan ‘liat’, Selangor Pistons.

Hari keempat STL 2025 Grand Prix Pulau Pinang juga bakal menyajikan pelbagai aksi menarik dengan perebutan kedudukan yang semakin kritikal buat kesemua pasukan.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada pertemuan melibatkan pasukan yang masih berpeluang mara, selain perlawanan penentuan kedudukan kelompok teratas.

STL 2025: Jadual Penuh Aksi Hari Keempat GP Pulau Pinang

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan hari ini:

Hari Keempat STL 2025 GP Perak

1) Klasifikasi ke-5-8 – Johor Tigris lawan ATM Guardians –  3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 – Penang Black Panthers lawan Kuala Lumpur Thunder – 4.30 Petang

3) Separuh akhir 1 – Melaka Titans lawan Selangor Pistons – 8.00 Malam

4) Separuh Akhir 2 – Perak Bison lawan Negeri Sembilan Antlers – 9.30 Malam