Tirai saingan Liga Premier Sepaktakraw League (STL) 2025 akan bermula petang esok dimana Stadium Tertutup Gong Badak bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Terengganu.
Undian bagi GP Terengganu yang dilakukan tempoh hari menyaksikan Perak Bison, Penang Black Panthers dan Selangor Pistons berada dalam kumpulan A.
Baca Juga:
- STL 2025: Senarai Penuh Pemain Dalam Saingan Liga Premier

- STL 2025: Keputusan Undian Kumpulan Bagi GP Terengganu

- STL 2025: Senarai Lengkap Pasukan Yang Beraksi Dalam Liga Premier

Tuan rumah, Terengganu Turtles pula bakal berdepan tugas berat apabila diundi bersama-sama Melaka Titans dan Negeri Sembilan Antlers.
Negeri Sembilan Antlers merupakan juara Champions Cup edisi lalu manakala Melaka Titans pula dibarisi bintang negara iaitu Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali.
Kumpulan C pula bakal diisi Bomba Fighters, Johor Tigris dan PDRm Defenders manakala ATM Guardians, Kuala Lumpur Thunder serta Kelantan Warriors di kumpulan D.
Debaran untuk aksi sulung semakin dirasai apabila perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada jam 3.00 petang esok.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2025 GP Terengganu:
STL 2025 – GP Terengganu
Hari Pertama (17 Jun 2025 – Selasa)
1) Penang Black Panthers lawan Selangor Pistons – 3.00 Petang
2) Johor Tigris lawan PDRM Defenders – 4.30 Petang
3) Negeri Sembilan Antlers lawan Terengganu Turtles – 8.00 Malam
4) Kuala Lumpur Thunder lawan Kelantan Warriors – 9.30 Malam
Hari Kedua (18 Jun 2025 – Rabu)
1) PDRM Defenders lawan Bomba Fighters – 3.00 Petang
2) Kelantan Warriors lawan ATM Guardians – 4.30 Petang
3) Selangor Pistons lawan Perak Bison – 8.00 Malam
4) Terengganu Turtles lawan Melaka Titans – 9.30 Malam
Hari Ketiga (19 Jun – Khamis)
1) Melaka Titans lawan Negeri Sembilan Antlers – 3.00 Petang
2) ATM Guardians lawan Kuala Lumpur Thunder – 4.30 Petang
3) Bomba Fighters lawan Johor Tigris – 8.00 Malam
4) Penang Black Panthers lawan Perak Bison – 9.30 Malam
Hari Keempat (20 Jun – Jumaat)
1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.30 Petang
2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 5.00 Petang
3) Separuh akhir 1 – 8.00 Malam
4) Separuh Akhir 2 – 9.30 Malam
Hari Kelima (21 Jun – Sabtu)
1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang
2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang
3) Tempat ke-3/4 – 8.00 Malam
4) Final – 9.30 Malam