Negeri Sembilan Antlers bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menewaskan Kuala Lumpur Thunder dalam aksi final Sepaktakraw League (STL) 2025 bagi Grand Prix (GP) Johor, malam tadi.
Kemenangan berharga dilakarkan Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zulefendi Sumari itu sekali gus menghadiahkan kejuaraan kedua buat Negeri Sembilan Antlers dimana sebelum ini mereka berjaya mengungguli GP di laman sendiri.
Baca Juga:
- Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir STL 2025 GP Johor

- STL 2025: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya 3 Saingan GP

- Melaka Titans Muncul Juara STL 2025 GP KL Selepas Jinakkan Negeri Sembilan Antlers

Kejayaan itu turut mengukuhkan kedudukan Negeri Sembilan Antlers pada ketika ini ditangga teratas dalam carta keseluruhan STL 2025 dengan 100 mata.

Kuala Lumpur Thunder menghuni tangga kedua dengan 88 mata manakala Melaka Titans pula di kedudukan ketiga hasil 82 mata dikumpul setakat ini.
Bomba Fighters masih menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum mengumpul sebarang mata selepas tewas pada kesemua perlawanan dilalui selepas mengharungi empat GP.
Berikut merupakan kedudukan terkiniĀ Liga Premier STL 2025 selepas berakhirnya empat pusingan GP:

STL 2025
1) Negeri Sembilan Antlers – 100 mata
2) Kuala Lumpur Thunder – 88 mata
3) Melaka Titans – 82 mata
4) Perak Bison – 76 mata
5) PDRM Defenders – 66 mata
6) Selangor Pistons – 66 mata
7) Johor Tigris – 60 mata
8) Kelantan Warriors – 48 mata
9) ATM Guardians – 40 mata
10) Penang Black Panthers – 38 mata
11) Terengganu Turtles – 28 mata
12) Bomba Fighters – 0 mata
Misi seterusnya buat setiap pasukan dalam STL 2025 bakal beralih ke GP Perak yang akan bermula 13 Ogos nanti di Stadium Indera Mulia, Ipoh.