Perak Bison beraksi cemerlang dihadapan ribuan penyokong sendiri untuk merangkul kejuaraan STL 2025 GP Perak setelah menundukkan Kelantan Warriors 15-11, 15-12 di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam tadi.

Kemenangan penuh makna dihadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah itu turut melonjakkan Perak Bison ke kedudukan kedua keseluruhan.

Baca Juga:

STL 2025
Kredit Foto: Pejat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Tambahan 32 mata itu menyaksikan skuad kendalian Dzafril Anuar tersebut mengumpul 108 mata keseluruhan dan hanya ketinggalan empat mata dibelakang pendahulu baharu, Kuala Lumpur Thunder.

Kuala Lumpur Thunder yang menamatkan saingan GP Perak di kedudukan ketiga melonjak ke tangga teratas selepas pendahulu sebelum ini, Negeri Sembilan gagal memungut sebarang mata.

Bomba Fighters akhirnya menamatkan penantian panjang untuk mengutip mata selepas menduduki tempat ke-8 bagi mengumpul 12 mata.

STL 2025

1) Kuala Lumpur Thunder – 112 Mata

2) Perak Bison – 108 Mata

3) Negeri Sembilan Antlers – 100 Mata

4) Melaka Titans – 96 Mata

5) Johor Tigris – 81 Mata

6) Kelantan Warriors – 76 Mata

7) PDRM Defenders – 66 Mata

8) Selangor Pistons – 66 Mata

9) ATM Guardians – 58 Mata

10) Penang Black Panthers – 54 Mata

11) Terengganu Turtles – 36 Mata

12) Bomba Fighters – 12 Mata

STL 2025
Kredit Foto: Sepaktakraw League

Misi seterusnya buat setiap pasukan dalam STL 2025 bakal beralih ke GP Pulau Pinang yang akan bermula 23 Ogos nanti di Kompleks Sukan Balik Pulau.

GP Pulau Pinang merupakan pusingan terakhir sebelum pasukan tangga teratas keseluruhan dinobatkan selaku juara STL 2025 dan kemudiannya empat pasukan terbaik akan ke STL Champions Cup.