Undian bagi saingan Liga Premier STL 2025 Grand Prix (GP) Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan tuan rumah terpaksa berdepan tugas sukar.
Negeri Sembilan Antlers yang menamatkan GP Terengganu di tangga ketiga peringkat kumpulan terpaksa sekali lagi berhadapan dengan skuad himpunan bintang iaitu Melaka Titans dalam kumpulan D.
Baca Juga:
- STL 2025: Kedudukan Terkini Selepas Berakhir GP Terengganu
- STL 2025: Senarai Penuh Pemain Dalam Saingan Liga Premier
- STL 2025: Ini Perubahan Format Yang Buatkan Laluan Kejuaraan Lebih Mencabar
Selain Melaka Titans yang merupakan juara GP pembukaan tersebut, Negeri Sembilan Antlers turut diundi bersama pasukan tangga ketiga, Kuala Lumpur Thunder.
Ia merupakan satu undian yang cukup sukar buat Negeri Sembilan Antlers dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan ketika beraksi di laman sendiri.
Semi Finalis GP lepas, Selangor Pistons diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama ATM Guardians dan Johor Tigris.
Kumpulan B pula menampilkan naib juara GP Terengganu, PDRM Defenders, Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers manakala kumpulan C pula diisi oleh Perak Bison, Bomba Fighters serta Terengganu Turtles.
GP Negeri Sembilan akan berlangsung pada 2 hingga 6 Julai nanti di Arena 9, Nilai.
Berikut merupakan senarai penuh undian kumpulan bagi saingan Liga Premier STL 2025 bagi GP Negeri Sembilan:
STL 2025 GP Negeri Sembilan
Kumpulan A – ATM Guardians, Selangor Pistons, Johor Tigris
Kumpulan B – PDRM Defenders, Kelantan Warriors, Penang Black Panthers
Kumpulan C – Perak Bison, Bomba Fighters, Terengganu Turtles
Kumpulan D – Kuala Lumpur Thunder, Negeri Sembilan Antlers, Melaka Titans