Kejohanan Sepak Takraw League (CelcomDigi STL 2025) akan dimulakan dengan saingan Liga Divisyen 1 pada 28 Mei hingga 1 Jun nanti.

Sebaik sahaja kempen di Kompleks SUKPA, Kuantan yang bakal mencari dua pasukan untuk dinaikkan pangkat ke Liga Premier berakhir, saingan yang dinanti-nantikan iaitu Grand Prix (GP) bagi Liga Premier akan membuka tirainya pada 17 Jun di Gong Badak, Terengganu.

Baca Juga:

Kempen 2025 menyaksikan tiga perubahan yang dapat disaksikan apabila pertukaran penajaan daripada Emas Anuar kepada CelcomDigi serta terdapat pertambahan satu lagi GP iaitu di Negeri Sembilan.

STL 2025: Ini Perubahan Format Yang Buatkan Laluan Kejuaraan Lebih Mencabar
Farhan Adam akan terus bersama Johor Tigris

Musim lalu terdapat lima GP diadakan dimana bermula dengan GP Selangor, kemudiannya GP Terengganu dan diikuti GP Perak, GP Pulau Pinang dan GP Johor.

Manakala STL 2025 menyaksikan GP Selangor tidak diadakan tetapi GP Kuala Lumpur diperkenalkan dan seperti dimaklumkan terdapat tambahan GP Negeri Sembilan bagi menjadikan kesemuanya enam GP perlu dilalui pasukan bertanding.

Perubahan Paling Menarik STL 2025

Perubahan kedua pula adalah berkaitan sistem kelayakan baharu yang membahagikan pasukan kepada Kelas Satu dan Kelas Dua selepas peringkat kumpulan.

Ini bermakna, hanya pasukan yang berada di tangga teratas setiap kumpulan akan layak untuk meneruskan perebutan kejuaraan.

Ia seumpama aksi separuh akhir buat empat pasukan dalam Kelas Satu itu.

STL 2025
Yang Berhormat Hannah Yeoh merasmikan Majlis Pelancaran STL 2025, petang semalam

Manakala, pasukan tangga kedua setiap kumpulan dalam STL 2025 pula akan bersaing untuk merebut tempat kelima hingga kelapan sebagai pasukan Kelas Dua.

Pasukan yang menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan terbawah pula akan menerima mata berdasarkan kemenangan dicipta.

Format ini dijangka meningkatkan intensiti perlawanan dan memberikan lebih banyak aksi mendebarkan kepada peminat.