Debaran semakin dirasakan apabila saingan Liga Premier STL 2025 akan membuka tirainya pada 17 Jun ini dengan Stadium Tertutup Gong Badak bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Terengganu.

Undian yang dilakukan malam tadi menyaksikan skuad himpunan bintang, Melaka Titans berada dalam kumpulan sukar bersama juara Champions Cup 2024, Negeri Sembilan Antlers dan tuan rumah, Terengganu Turtles.

Baca Juga:

Tiga pasukan tersebut telah diundi untuk bersama-sama dalam kumpulan B manakala kumpulan A diisi naib juara STL 2024, Perak Bison, Selangor Pistons dan Penang Black Panthers.

Jodoh Perak Bison dan Selangor Pistons memang cukup kuat kerana pada musim lalu kedua-dua pasukan ini sudah bertemu lebih daripada empat perlawanan dalam semusim.

STL 2025
Melaka Titans muncul juara Divisyen 1 dan layak untuk beraksi di Liga Premier 2025.
Kredit Foto: Sepaktakraw League

Kumpulan C pula menyaksikan Bomba Fighters telah diundi bersama-sama Johor Tigris dan PDRM Defenders.

ATM Guardians, Kuala Lumpur Thunders dan Kelantan Warriors pula telah diundi dalam kumpulan D.

Difahamkan aksi pembukaan pada 17 Jun nanti bakal menemukan antara Penang Black Panthers dan Selangor Pistons pada jam 3.00 petang.

Berikut merupakan senarai penuh undian kumpulan bagi saingan Liga Premier STL 2025 bagi GP Terengganu:

STL 2025
Barisan pemain Bomba Fighters. Kredit Foto: Sepaktakraw League

STL 2025 GP Terengganu

Kumpulan A

Perak Bison, Penang Black Panthers & Selangor Pistons

Kumpulan B

Melaka Titans, Negeri Sembilan Antlers & Terengganu Turtles

Kumpulan C

Bomba Fighters, Johor Tigris & PDRm Defenders

Kumpulan D

ATM Guardians, Kuala Lumpur Thunder & Kelantan Warriors