Saingan Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Melaka akan bermula 11 Oktober dimana Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit menjadi tuan rumah.

Undian bagi GP Melaka yang dilakukan tempoh hari menyaksikan Melaka Titans telah diundi bersama-sama Perak Bison dan Penang Black Panthers dalam kumpulan A.

STL 2026: Jadual Penuh Perlawanan GP Melaka

Juara GP Perak, PDRM Defenders pula bakal membuat perhitungan dengan Bomba Fighters dan Negeri Sembilan Antlers dalam kumpulan B.

Persaingan dalam kumpulan C jelas cukup menarik untuk disaksikan apabila Kuala Lumpur Thunder berada satu kumpulan bersama Selangor Pistons dan Johor Tigris. Manakala kumpulan D pula dibarisi ATM Guardians, Kedah Eagles dan Kelantan Warriors.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2026 GP Melaka:

STL 2026

STL 2026 – GP Melaka

Hari Pertama (11 November 2026 – Rabu)

1) Kedah Eagles lawan Kelantan Warriors – 3.00 Petang

2) PDRM Defenders lawan Negeri Sembilan Antlers – 4.30 Petang

3) Kuala Lumpur Thunder lawan Johor Tigris – 8.00 Malam

4) Melaka Titans lawan Penang Black Panthers – 9.30 Malam

Hari Kedua (12 November 2026 – Khamis)

1) Selangor Pistons lawan Kuala Lumpur Thunder – 3.00 Petang

2) ATM Guardians lawan Kedah Eagles – 4.30 Petang

3) Bomba Fighters lawan PDRM Defenders – 8.00 Malam

4) Perak Bison lawan Melaka Titans – 9.30 Malam

Hari Ketiga (13 November – Jumaat) 

1) Negeri Sembilan Antlers lawan Bomba Fighters – 3.30 Petang

2) Penang Black Panthers lawan Perak Bison – 5.00 Petang

3) Johor Tigris lawan Selangor Pistons – 8.00 Malam

4) Kelantan Warriors lawan ATM Guardians – 9.30 Malam