Tirai saingan Liga Premier Sepaktakraw League (STL) 2026 akan bermula 21 Oktober nanti dimana Stadium Indera Mulia, Ipoh bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Perak.
Undian bagi GP Perak yang dilakukan tempoh hari menyaksikan Perak Bison, Penang Black Panthers dan Negeri Sembilan Antlers berada dalam kumpulan D.

Skuad himpunan bintang, Melaka Titans telah diundi untuk bersama-sama dalam kumpulan A dengan Kelantan Warriors dan Kuala Lumpur Thunders.
Kumpulan B pula menampilkan Johor Tigris, Kedah Eagles dan ATM Guardians. Sementara itu, kumpulan C dibarisi Bomba Fighters, Selangor Pistons dan PDRM Defenders.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2026 GP Perak:

STL 2026 – GP Perak
Hari Pertama (21 Oktober 2026 – Rabu)
1) Johor Tigris lawan Kedah Eagles – 3.00 Petang
2) Kelantan Warriors lawan Melaka Titans – 4.30 Petang
3) Bomba Fighters lawan Selangor Fighters – 8.00 Malam
4) Penang Black Panthers lawan Perak Bison – 9.30 Malam
Hari Kedua (22 Oktober 2026 – Khamis)
1) PDRM Defenders lawan Bomba Fighters – 3.00 Petang
2) Negeri Sembilan Antlers lawan Penang Black Panthers – 4.30 Petang
3) Kuala Lumpur Thunder lawan Kelantan Warriors – 8.00 Malam
4) ATM Guardians lawan Johor Tigris – 9.30 Malam
Hari Ketiga (23 Oktober 2026 – Jumaat)
1) Selangor Pistons lawan PDRM Defenders – 3.30 Petang
2) Kedah Eagles lawan ATM Guardians – 5.00 Petang
3) Perak Bison lawan Negeri Sembilan Antlers – 8.00 Malam
4) Melaka Titans lawan Kuala Lumpur Thunder – 9.30 Malam