Kejayaan Perak Bison menjuarai STL 2026 bagi GP Kuala Lumpur malam tadi menyaksikan mereka melebarkan kedudukan di tangga teratas kedudukan keseluruhan.
Kejayaan di Stadium Titiwangsa itu merupakan kejuaraan kedua dikecapi Perak Bison selepas melakukannya di GP Pulau Pinang tempoh hari.

Malah, skuad kendalian Mohd Tajuddin Ahmad itu cemerlang dengan tiga kali kemaraan ke pentas final.
Dengan tambahan 32 mata lagi selaku juara GP Kuala Lumpur, Perak Bison terus berada di tangga teratas dengan 107 mata. Lapan mata meninggalkan pencabar terdekat, PDRM Defenders yang mengumpul 99 mata.
Melaka Titans pula memintas kedudukan Negeri Sembilan Antlers untuk berada di kedudukan ketiga dengan 79 mata. Negeri Sembilan Antlers pula mengekori dengan 73 mata.
Daripada 12 pasukan yang bertanding, Penang Black Panthers menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum meraih sebarang mata.

Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Premier STL 2026 selepas berakhirnya empat pusingan GP:
Kedudukan Keseluruhan STL 2026
1) Perak Bison – 107 mata
2) PDRM Defenders – 99 mata
3) Melaka Titans – 79 mata
4) Negeri Sembilan Antlers – 73 mata
5) ATM Guardians – 69 mata
6) Johor Tigris – 66 mata
7) Kelantan Warriors – 60 mata
8) Kedah Eagles – 36 mata
9) Selangor Pistons – 36 mata
10) Kuala Lumpur Thunder – 28 mata
11) Bomba Fighters – 15 mata
12) Penang Black Panthers – 0 mata