Tular sebuah video yang memperlihatkan respon seorang streamer di Indonesia yang memperakui bahawa internet di Malaysia jauh lebih baik berbanding di negaranya sendiri.
Menerusi video itu, Jonathan Liandi, yang dikenal dengan nama panggilan “Emperor,” adalah seorang bekas pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sedang melakukan siaran langsung bermain permainan telefon pintar.
Sewaktu sedang rancak ‘berjuang’, dia menerima satu mesej hadiah berupa wang dari peminat yang menyoal bilakah dia mahu menaik taraf siaran langsung dengan resolusi yang lebih tinggi kerana visualnya tidak menarik untuk ditonton.
“Lu tinggal di Malaysia, kita tinggal di Indonesia, internet kita jelek, ta*k, banyak korupsi. Internet di Malaysia bagus, murah. Mentang-mentang negara hebat. matawang lu mahal,” selorohnya.
Tambahnya sebab mengapa dia tidak memilih tetapan video resolusi siaran langsung 1440P ekoran ramai peminatnya tidak menonton dengan lancar kerana tidak mempunyai tahap kemampuan internet yang memberangsangkan.
Akibatnya, jumlah tontonan semasa bakal turun langsung menjejaskan pendapatan streamer itu.
@hansclips1 Whop”@Jonathan Liandi #SeasonsEndGiveaway #MLBBNEXT2025 #jonathanliandi #fyp
Melihat ke ruangan komentar, warga tempatan meluahkan rasa terkejut dengan realiti betapa mahalnya kos langganan di internet dan masih mempunyai tahap kelajuan yang perlahan berbanding dengan standard di Malaysia.
Selain itu, ramai terkejut di Indonesia tidak mempunyai unlimited dengan harga mampu milik seperti di Malaysia.
Sementara itu, netizen dari Indonesia yang tinggal di Malaysia juga mengakui kenyataan yang internet di sini sememangnya mampu milik dan boleh menikmati kadar kelajuan yang sangat memuaskan.