Rasanya belum ada lagi convention untuk kasut serta barangan Streetwear untuk tahun ini. Tidak perlu gusar kerana hujung minggu ini, akan berlangsungnya STREETWARE CON di Quill City Mall, Kuala Lumpur yang akan mengumpulkan hampir 50 vendor pengumpul serta penjual barangan streetwear di Malaysia.

Pelbagai barangan edisi khas akan dijual di sini dan jika anda sedang mencari kasut idaman anda, pasti anda akan temuinya di sini. Jenama seperti Palace, Supreme, Adidas, Nike dan banyak lagi akan dijual di sini bermula dari jam 11 pagi sehingga 9.00 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara vendor yang akan memeriahkan STREETWARE CON ini ialah Store Box, L.A.M.B, Sneakers Spa dan butik yang pernah kami singgah dalam episod Gincu & Gula, preme.kl.

Kalau anda tidak ada rancangan apa-apa hujung minggu ini, bolehlah ajak rakan untuk singgah ke sini. Kami yakin anda akan rambang mata dengan segala barangan yang dijual dan dipamerkan di STREETWARE CON nanti. Di bawah adalah beberapa gambar dari STREETWARE CON tahun lalu. See you guys tomorrow!